Tuesday, 4 September 2012

SEBELUM MEMBELI .......

Apa yang perlu dilakukan ?

Selain daripada memiliki 10% deposit , pembeli yang berminat juga perlu meneliti kepentingan dan kemampuan kewangan.Kebanyakkan pembeli yang berminat tidak mempunyai masalah menyediakan deposit, tetapi perlu di ingat.. pembeli juga mesti bebas daripada bebanan hutang yang serius.
Permohonan pinjaman berisiko untuk gagal jika keadaan ini terjadi.Oleh demikian, menjadi tanggungjawab pembeli memeriksa status kewangan melalui CCRIS dan CTOS.

CCRIS (Central Credit Reference Information System)

Pembelanjaan dan pembayaran pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan pelbagai biasanya diperiksa dengan teliti oleh CCRIS.Pembayaran yang teratur dan cantik membuatkan kelulusan pinjaman seterusnya lebih mudah. Selalunya pihak bank menyemak rekod CCRIS bagi 12 bulan terkini.

CTOS (Convergent Technologies Operating System)

CTOS adalah penyenaraian hitam anda.Keadaan ini berlaku apabila pinjaman tidak dijelaskan, menjadi penjamin, gagal membayar hutang yang serius.Permohonan pinjaman tidak akan dipertimbangkan sama sekali oleh bank.
Oleh itu, penting bagi pembeli meneliti dan menyelidik kedua-dua keadaan ini..


Bagaimana caranya ?... saya akan terangkan kemudian.

No comments:

Post a Comment